Thursday, January 29, 2009

Renung renungkan dan selamat beramal

Etika melawak dan bergelak ketawa.

Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatla bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua.

Wanita itu berkata baginda "Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga." Baginda menjawab "Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga." Perempuan itu balik dan menangis. Baginda saw bersabda:

أخبروها أنها لا تدخلها وهي عجوز إن الله تعالى يقول إنا أنشأناهن إنشاء فجعلناهن أبكارا عربا أترابا

Maksudnya: "Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman " Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya."

(Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan)

Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata " Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami." Baginda menjawab:



نَعَمْ غَيْرَ أَنِّي لَا أَقُوْلُ إِلَّا حَقَّا

Maksudnya: Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.

(Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)

Disini Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yg perlu dipatuhi dalam bergurau senda:

Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.

Nabi saw bersabda:

ويل للذي يحدث فيكذب ، ليضحك القوم ، ويل له ، ويل له.

Maksudnya: Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.

(Hr Ahmad dan ad-Darimi – sanadnya sahih)

Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.

Firman Allah: " Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… " ( 11 : al-Hujarat)

Nabi saw bersabda:

بِحَسْبِ امْرِىءٍ مِنَ الشَّرِ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ

Maksudnya: "Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim." (Hr Muslim – sahih)

Termasuk dalam menghina ialah dgn meniru perbuatan orang lain.

Aisyah ra berkata "Aku telah meniru perbuatan seorang manusia." Lalu Rasulullah saw bersabda:

ما أحب أني حكيت أحدا

Maksudnya: "Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain."

(Hr Ahmad dan Baihaqi – sanad sahih)

Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.

Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah saw dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda;

لاَ يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا

Maksudnya: "Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam."

(Hr Thabrani – sahih)

Nabi saw bersabda:
لا يأخذن أحدكم متاع أخيه لاعبا أو جادا

Maksudnya : " Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak atau pun betul2."

(Hr Ahmad – sahih)

Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.

Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi saw bersabda:

ثلاث جدهن جد وهزلهن جد: النكاح والطلاق والعتاق

Maksudnya: "Tiga perkara yang mana yg mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah 2. Cerai 3. Membebaskan hamba.

(Hr Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah – sanadnya hasan)

Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang ketawa ketika mendengar al-Quran. Firman Allah swt:

"Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai." (59 – 61 : an-Najm)

Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.

Nabi saw bersabda:

وَلَا تُكْثِرْ مِنَ الضَّحْكِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَ

Maksudnya: "Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati."
(Hr Ahmad dan Ibu Majah – sanad hasan)

Saidina Ali ra:

"Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu."

Said bin al-'As berkata:

"Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadap mu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang2 yang hendak bermesra dan menyebabkan orang2 yang berdamping dgn mu berasa rimas."


Rujukan: Tafsir Sobuni , sahih muslim, Mawahib al-Laduniah bi syarh asSyamail alMuhammadiah oleh syeikh sulaiman Jamal dan Feqhul Lahwi wat Tarwih oleh Dr Yusuf Qardawi.



Moga ada manfaat,

Wallahualambisawap.

Wednesday, January 28, 2009

Kebakaran di Kampung Sungai Bedil

Kebakaran pada petang 28 Januari 2009 di Kampung Sungai Bedil mengakibatkan tiga keluarga kehilangan tempat tinggal. Tiada kemalangan jiwa dilapurkan cuma kerugian harta benda sahaja yang di jilat api. Tindakan pantas pihak bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah berdekatan. Sedikit sebanyak gambar di tempat kejadian pada petang semalam.





Sebahagian daripada ahli keluarga mangsa kebakaran yang tinggal sehelai sepinggang akibat daripada kejadian kebakaran semalam.


Mangsa terlalu sedih melihat harta bendanya musnah dalam kebakaran cuba di tenangkan oleh jiran mereka.


Wakil rakyat turut turun padang melihat sendiri kejadian kebakaran, Beliau juga turut terus memberi bantuan kepada keluarga mangsa. Sumbangan berbentuk keperluan sekolah anak anak mangsa telahpun di atur pihak berkenaan.






Pihak bomba tengah beraksi memadam api daripada merebak ke kawasan berdekatan.


Rumah yang masih lagi kelihatan berasap tebal ketika pihak bomba sedang mengawal keadaan.





Rumah kosong ini dikatakan punca api mula dilihat. Pihak bomba masih lagi menyiasat punca sebenar.




Kanak kanak yang melihat kejadian kebakaran di kampung mereka seronok bermain walaupun keadaan cemas sedang berlaku.








Wednesday, January 21, 2009

Custom Wedding Album Reborn

The custom album cover size 8"X 24" . Sample photo tok yang aku ambik bulan lepas, baru pas ngan customer pagi tadik untuk approval. Kalau nya dah confirm setuju dengan design, baru proceed ngan printing. Biasanya prosess akan mengambil masa dalam 10 hari selepas approved dari customer. Prosses album biasanya akan mengambil masa paling lambat pun sebulan untuk disiapkan dari wedding day. Biasa nya kita akan mengeditkan gambar untuk prosses album custom. Selepas prosess editing, kita akan menunggu untuk customer untuk approve dengan design yang kita polah. Sekiranya customer setuju dengan design yang kita cadangkan, kita boleh terus menghantar Album untuk di cetak. Tapi sekira nya perlu di ubah, maka prosses ini akan mengambil masa lagi sehingga pihak customer bersetuju dan berpuas hati dengan album. Sedikit sebanyak info tentang custom album mek orang..Untuk info selanjut nya tentang package mahu pun album, sila tinggalkan email ataupun contact number dalam ruangan comment atau email kan pertanyaan ke aiok99@yahoo.com


























Tok salah satu wedding lagik yang aku ambik gambar last month, bok siap juak sample pagi tok. bok contact cikgu Zaidi tek nak nyuruh nya nangga sample album tok. Pun dah ok rasa nya dapat lah di cetak menjadi album.
Package baru 2009, kita juga menyediakan perkhidmatan concept album lama tukar baru. Pelanggan boleh memperbaharui album perkahwinan mereka yang lama dengan Custom Album baru. Banyak permintaan untuk package sebegini di pasaran sekarang. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menceriakan rumah tangga kita. Package Perkawinan 2009 pula di mulakan dari harga RM1289 untuk package Lady Elsa, RM1589 untuk package Anelas dan RM1888 untuk package Cece. Lihat lah perbezaan dengan sendiri di dalam pamplet yang ada di bawah ini. Semua package ini sah dari Januari 2009 sehingga June 2009. Kepada bakal pengantin, sudikan lah menghubungi kami untuk perbincangan dengan segera. Ada discount diberikan jika anda mengesahkan tempahan sekurang kurang nya sebulan sebelum tarikh perkahwinan. Semoga kenangan perkahwinan anda akan sentiasa dalam memori anda semua. Kami di sini akan sentiasa mencuba sedaya upaya untuk merakamkan saat saat bahagia dan kenangan manis anda selama lamanya.....anda juga boleh menghubungi saya melalui email aiok99@yahoo.com

Monday, January 19, 2009

Banjir di Water Front Kuching



Banjir melanda bandaraya Kuching pada malam kedua









Tenggelam juak kubu tok...ku rasa habis basah barang dalam ya..ada ku masok lam ya.. banyak gambar lamak pasal water front time pemerentahan british dolok...nasib gambar ya di tingkat atas..




Aftermath ...sampah sampah beselerak di atas lantai..huhuhu lelah ajak sidak nyuci tempat ya







Latest event....banjir di water front heheheheh




Kapal dah sama tinggi ngan Water Front




















Student UNIMAS yang berada di Water Front kuching ...sempat promot gambar konvo sidak..so adik adik kelak kamek org berik package untuk ambik gambar konvo...



























Malam kedua banjir di kuching, aku sempat meninjau keadaan di Water Front kuching bersama Ame & Landee.. sedikit gambar yang aku nak kongsi bersama.


Sunday, January 11, 2009

Banjir kilat melanda kuching

Aku sempat juak pergi menjengok keadaan banjir di sekitar bandar Kuching malam tok tek. Di antara kawasan yang sempat aku pergi ialah di jalan Astana kat area Pawada. Keadaan amat terok juak ku nangga. Sampey paras pinggang. aku sempat ambik beberapa shots sitok. Dalam aku ngambar adalah seorang hamba Allah tok datang dari belakang. Dah lah part ya aik sengan lutut aku!! rilek rilek jak nya madah...bebait jang...aku tek kak nangga ular mengambor kat sia...huh apa tunggu lagik...putus seleypar aku oleh nya.. medam jak kaki aku berekot lam aik..nang apa lah orang ya..sempat juak nangga miak jual burger dalam aik..tong gas dah timbol masih juak nak bedagang...tok patut di contoheh...sik ngira hujan..sik ngira banjir.. tetap juak semangat nya nak berjual...













Rumah sebelah RNR tok dah sampai paras dada kul 7 malam tadik


Stall burger paling aku respect..tengah banjir pun nya masih berjual ..walaupun tong gas dah timbul. tahan k kaki jak pok

















Tempat kedua sempat ku singgah di perumahan lamak..kat rumah abang aku. Rumah cikgu aku pun kenak banjir juak. Sitok aku nemu pusak berenang, sik sempat ku shots nya time lam aik...nang laju juak nya berenang embak nyawa. kesian ku nangga Kancil tenggelam setengah sik pat di selamat. Kancil tok tengah molah driveshaft nya... agik berepair...sampat juak ku nanyak ngan tuan punya nya...gik berpolah kancil ku pok...kata nya lom sempat ku nanyak dah nya madah..nya pikir aku reporter newspaper ney ndak kah.. macam macam jak di kelaka nya...aok aok ajak kata aku..last last bila ku madah aku ngambar k masok blog ku ajak alu blah jak kawan ya...sik merik salam agik kekekek.



Kancil berendam tepi rumah












Aksi perenang 100 meter kucing orenjeboom







Rumah di RPR phase 1 di masok aik














Surau Darul Hijrah Kampung Tupong Jalan Merdeka Kuching








Aksi remaja kampung selepas menyelamat jiran mereka daripada tengelam ke dalam banjir
Tempat ketiga ku pergi kat Tupong jalan merdeka...sik jauh dari umah Rizal24 & nenek Rudy2k...Kes sitok best lagik..bok keluar dari kenari aku..alu kenak kerepak pengerusi Surau Darul Hijrah kampung Tupong Jalan Merdeka...shioh lom nanyak lom apa gik alu kenakaku kekekeke...."aku dari tadik dah telipon ngan reporter" kata nya..."sik ngecol ngecol, ney tuju kau tok bok ngecol...aik dah surut lam surau tok...tadik acap sampey ngan pinggang" kata nya....alu terdiam aku sambil ku merati seloa nya sik basah juak..heheheh maka ku nangga aik ngak ngan palak tut hehehe...Tapi nang fun juak cover benda camtok....Pengalaman baru bagi aku..asal ko embak SLR jak...lalu jadi reporter lah kau tok...nasib bait aku sik di pangkong nya...



Rumah di naiki air di kampung Tupong Jalan Merdeka











Renung renung kan lah...kepada kita yang sik kenak banjir macam tok bersukur lah...sik lah payah kita nak berkemas kedak sidak nya tok..lelah juak rasa akuSedangkan turun nait ngambar tok gik dah lelah aku...belom gik suroh nyapu aik meresi rumah kedak sidak nya..heheheh.

Flight MH2802

Pernerbangan dari Kuching ke Miri pada 10hb januari 2009 membawakan kenangan bagi aku, terpaksa landing ke Labuan akibat cuaca hujan dan berangin di Miri pagi itu. Selepas saja Kapal terbang mendarat, hatiku terus lega dan bercampur gembira apabila dapat mendarat dengan selamat di lapangan terbang Labuan. Dapat juak aku shopping lam ati ku tek.Sempat juak aku makan ais krim MC D.Sedikit sebanyak cerita aku di Labuan. Setelah selama 2 jam di labuan, cuaca di Miri pun dah ok lalu mek orang fly balit ke Miri.




Yang paling best, sempat juak sidak cina lam flight aku tok berangkut ngan liquer..hahaha....bait sik terjun belon ya eh..rilek rilek jak dak nya bebeli ngan aik ya sia..huhmurah murah jak barang duty free...so sampey sitok jak cerita aku..






Mc D kat arrival hall ground floor











View lam belon..maka tengah ketakutan sempat juak ku ngambar..ngambar tok memberi aku ketenangan. Hahahaha








P/s boleh di pergi labuan tok eh...rasa langkawi jak kekekeke