Wednesday, January 28, 2009

Kebakaran di Kampung Sungai Bedil

Kebakaran pada petang 28 Januari 2009 di Kampung Sungai Bedil mengakibatkan tiga keluarga kehilangan tempat tinggal. Tiada kemalangan jiwa dilapurkan cuma kerugian harta benda sahaja yang di jilat api. Tindakan pantas pihak bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah berdekatan. Sedikit sebanyak gambar di tempat kejadian pada petang semalam.





Sebahagian daripada ahli keluarga mangsa kebakaran yang tinggal sehelai sepinggang akibat daripada kejadian kebakaran semalam.


Mangsa terlalu sedih melihat harta bendanya musnah dalam kebakaran cuba di tenangkan oleh jiran mereka.


Wakil rakyat turut turun padang melihat sendiri kejadian kebakaran, Beliau juga turut terus memberi bantuan kepada keluarga mangsa. Sumbangan berbentuk keperluan sekolah anak anak mangsa telahpun di atur pihak berkenaan.






Pihak bomba tengah beraksi memadam api daripada merebak ke kawasan berdekatan.


Rumah yang masih lagi kelihatan berasap tebal ketika pihak bomba sedang mengawal keadaan.





Rumah kosong ini dikatakan punca api mula dilihat. Pihak bomba masih lagi menyiasat punca sebenar.




Kanak kanak yang melihat kejadian kebakaran di kampung mereka seronok bermain walaupun keadaan cemas sedang berlaku.








1 comment: